Sunday, 12 February 2012

Membezakan atau dibezakan?

Dialog 1


Nysa : Mak, orang periksa yang bulan lepas tu kan dah dapat nombor.

Mak : Dapat nombor berapa?

Nysa : Nombor 22 la mak, tapi semua lulus.

Mak : Banyaknya nombor dapat, belajar betul2 jangan berangan. haa cuba kau          tengok anak cik melah tu pandai budaknya, tak suka keluar rumah,                  dengar kata, tak ada pun campur2 dengan kawan2 main lepak. dekat                rumah dia belajar, tak pernah pun tinggal pelajaran. kau belajar tu elok2           la jangan banyak main. dahlah dapat nombor 22 tu banyak, kelas kau               berapa orang Nysa?

Nysa : 35 mak. (sabar dalam hati)

Mak : haa lepas ni belajar betul, mak nak kau macam anak cik melah tu.

Nysa : ........................................diam berjalan menuju ke bilik dan terus menangis.




Dialog 2 

Perbualan bersama dengan abang (Along) dan kakaknya (kakde)



Along : Kau ni dah habis belajar tak reti nak cari kerja? setakat tolong2 org                  macam kerja part time tu mana nak cari duit.

Fizul   : Buat masa sekarang tu je Ijul buat sebab nak sambung belajar kejap                 lagi.

Along : Apa lagi kau nak sambung sampai Ijazah pulak? orang yang sampai                  Ijazah pun banyak yang menganggur. ni kau nak sambung2, kau tu                  patut cari kerja malu la sikit tak kan nak mak ayah tanggung kau je.

Kakde : Betul tu Ijul, patutnya kau cari la kerja dulu. tak kan umur dah 21 sibuk             nak minta duit kat mak dan ayah. Cuba tengok macam Along dengan                 Kakde tak pernah pun menganggur lepas belajar terus kerja sampai                   sekarang.

Fizul  : Ijul ada cita2 sendiri Along, Kakde.

Along : Cuba kau tengok sepupu kau Haikal tu umur sebaya dengan kau                      sekarang dia dah ada kerja tetap. lepas ni dah boleh cari bini boleh                    tanggung bini. Aku pun kahwin tak ada la awal mana tapi aku dah tahu              cara duit lepas habis belajar. dulu aku diploma je.

Fizul  : Ijul nak sambung belajar yang menjamin masa depan, bukan nak                      memilih course yang entah apa - apa tu. Course physic lah, course 
           pelik - pelik tu pun ijul tahu ijul tak boleh. Ijul tahu apa ijul nak try. Ijul            akan bagi tahu nanti.              
              
Kakde : Kalau kau sambung pun 3 atau 4 tahun baru habis umur kau 26 baru                 nak sibuk cari kerja tetap? Zaman dulu boleh kau nak buat macam ni.


Fizul  : Ijul apply education kakde. #terpaksa diberitahu niatnya#.

Along : Along suka tengok Haikal tu sekarang dah kerja bagus, kau tak nak ke jadi macam dia?

.........................................................................
.......................................................




TAHUKAH APA DISEBALIK DIALOG 1 & 2 ITU TADI?

entry kali ni nak cerita tentang DIBEZAKAN. tahu apa maksud dibezakan tu? hmmm kalau korang2 faham dialog tu mungkin korang tahu la apa maksud tersirat yang ada kan. Dalam hidup ni tak ada seseorang pun yang suka dibeza beza kan dengan orang lain. Contoh dialog 1 tadi kisah tentang Nysa yang mendapat kedudukan nombor 22 dalam kelas dan maknya mengatakan keputusan tersebut tidak bagus serta dibezakan dengan anak rakannya cik melah tu. Jadi apa perasaan korang kalau korang jadi Nysa? tentu sedih,geram,kecewa. Perasaan ketiga2 ini sedih bukan sebab nombor yang dia dapat tapi kerana telah dibezakan dengan orang lain. Haa contoh dialog 2 pulak tentang perbualan tiga orang iaitu Ijul yang mempunyai cita tinggi dalam pelajarannya tapi ditentang oleh Along & Kakde. Dahlah dua lawan satu..kesian Ijul kan..dibezakan dengan sepupunya pulak...

Ok dah faham tajuk entry kali ni? fahamilah seseorang & berilah nasihat dengan baik bukan dibezakan...........


Setiap orang mempunyai kelebihan/kekurangan masing2 yang orang lain pasti akan nampak juga. Mungkin cara seseorang itu belajar/cari rezeki/kerjaya atau apa saja tu lambat dan orang lain tak nampak pun yang tersirat dalam hidup/hati seseorang itu..
Seseorang itu juga sanggup menolong orang lain tetapi ada mulut2 yang berbisik dan memberikan teguran negatif. Kenapa perlu beri teguran sebegitu? Cuba tengok,lihat,tafsir apa kebaikan seseorang itu menolong orang lain. Jangan kerana kelemahan seseorang itu, dipandang rendah tak mencari alternatif lain. Cuba sekali lagi fahamkan. Tak semestinya seseorang yang tak berduit itu menyusahkan, jangan kerana hidup orang itu kaya raya nak cakap seseorang itu tak reti nak cari duit. Bab belajar pula, dibezakan dengan kawan sendiri, sedara sendiri. Ada faham perasaan seseorang itu? cepat & lambat cara seseorang itu menerima pelajaran jangan diperkotak katikkan dibezakan dengan orang yang lebih tinggi pelajarannya. Allah sebaik-baik perancang. 

"Hidup umpama roda, sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah"


-yanasudin-