Saturday, 15 November 2014

Cousin Wedding

Bila kecik kau hampiriku, 
Bila rindu kau dekatiku,
Bila bersama, kita mengerti kita sebaya,
Alangkah indah setiap perjalanan hidupku diwarnai denganmu,
Tersenyum gembira, ketawa riang bersama,
Berjalan dan bermain bersama.
Sungguh aku rindu.
Rindu akan semua yang kita lalui bersama ketika dulu.
Semoga hubungan silaturrahim saudara kita tetap erat sampai bila2 sehingga ke nafas terakhir. InsyaAllah.

*sepupu daripada baby sampai besar sebaya sekampung sejiran sekelas 1993


After nikah

Berat hati untuk melepaskan. Hehe

Nak minta aura sikit. Hehe

Menyelpiekan diri 

Photobooth by kak yanti

Aura keanggunan pengantin. Hihi

muaah ciked!

Hai kami bridesmaid





Allahu. Alhamdulilah. Semoga bahagia dunia dan akhirat, Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

I'm happy for u my cousin




* seorang lagi sedara tak attend wedding coz ada event di U 








Wednesday, 12 November 2014

Convocation day

Allahu. Alhamdulilah usaha selama 2 tahun setengah kini membuahkan hasil. Terima kasih mak dan adik beradik, terima kasih pensyarah, terima kasih kawan2, terima kasih rakan sekelas, terima kasih housemate, terima kasih roomate, terima kasih yang mendoakan diri ini.

Officially i'm graduated. Diploma Pendidikan (Pengajian) Pra Sekolah. 


sedih tau ni je yang ada. its okay. itu pun cukup

Mak pun nak graduated

Thanks farah :)


Part of mylife. Thanks mak

Ada yang bikin lucu disitu

graduated in unisel

nak nyanyi lagu hindustan ke yang hujung belah kanan tu

wlpn berlima, kami tetap ingat yg tiga orang lagi tu. 

benda yang wajib bila graduated. kan? tak caya? tipu lah korang tk buat

Monday, 6 October 2014

Cantik yang mana?



Cantiknya barang sangat berharga
Cantiknya orang ramai dipuja
Cantiknya hati lebih bermakna
Cantik bahasa sungguh mempersona.


Apa itu cantik?

Cantiknya dia. Putihnya muka dia weh. Gilerr la memang cantik lah.

Itulah pada pandangan manusia. Cantiknya seseorang itu memang akan dipuja kecantikkan yang dimiliki itu. 

Siapa tak mahu cantik? Semua orang suka akan kecantikan. 
Nak beli barang pun kita tengok yang cantik kan.

Cantik itu subjektif. Kecantikan yang satu itu disulami dengan kecantikan yang zahir adalah lebih bermakna. Sukarnya memiliki hati yang cantik. Hati yang bersih, tidak mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati. Hati yang selalu tenang. 

Bahasa melambangkan amalan budi pekerti. Cantiknya bahasa seseorang itu yang mempunyai wajah yang cantik akan lebih mempersona.

Sungguh, sukarnya disebalik cantik ini!




Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum.



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


                               Terlajak kata,
                               Terguris bahasa,
                               Terkasar bahasa, 
                            Ampun maaf dipinta.                                                                                        


Hjh Jami'ah Binti Hussin familys

My siblings



Harap maaf. Tiada keseluruhan gambar raya untuk tahun ni atas sebab tertentu. Gambar pun tak ada. Hehe.


-NanaLya-


                                                                                                                                              

Sunday, 13 July 2014

Cari Ilmu

Keheningan suasana sepi pantai yang indah menenangkan diri. Terfikir adakalanya hidup bagaikan roda. sukarnya memahami erti yang sebenar.
Kadang di bawah dan kadang di atas. Memikirkan apa yang harus dilakukan. Berhak atau tidak. wajib atau tidak. Harus atau tidak. Perlu atau tidak.
Seringkali bermain di kotak fikiran. Tanpa memikirkan ramai orang lain hidup susah boleh berjaya. Seringkali memikirkan tentang diri sendiri. Usah menongkat dagu. Usah berangan - angan. Walhal pelbagai perkara perlu kita cari.
keindahan pantai , ombak dingin, memutarkan setiap saat dan detik peristiwa di dalam hidup. Bermain berlari - lari anak satu persatu ingatan ligat mengingat perjalanan yang telah ditempuh. Apa yang harus dilakukan? Bagaimana? Bermula bila? Itu yang menerjah terus ke dalam otak. 
Satu perkara yang perlu dicuba. USAHA.

Semua USAHA harus gigih. bukan sahaja untuk pelajar. 
Manusia perlu USAHA. 

#pelajar
#ibubapa
#guru
#usahawan
#pekerja

USAHA YANG BERTERUSAN. WALAU SEDIKIT LAMA - LAMA JADI BUKIT.








Tulislah apa sahaja yang kita fikir.
Tulislah dengan rasa hati.
Tulislah apa yang tersemat disanubari.
Tulislah. Tulislah. Akan rasa tenang dengan menulis.




Wednesday, 25 June 2014

Pilihan yang tepat



Hidup adalah sebuah pilihan. Kita tidak tahu apa yang telah Allah rancang yang terbaik. Namun, kita juga mampu mencari dan membuat pilihan. Untuk melayari kehidupan seharian, kadang - kadang kita akan terperangkap dengan pilihan. Yang mana satu? Okay ke tak? Itulah yang menjadi beban persoalan dalam diri. Aku cuba. Kau cuba. Mereka cuba. Dia cuba. Semua orang mencuba. Sukarnya untuk menetapkan pilihan yang terbaik.

Apabila memikirkan untuk membuat pilihan, rasa sakit di benak fikiran. Lebih lagi menyakitkan kepala. Ahhh bukan kadang kadang. Tapi selalu. Berilah masa untuk menenangkan minda dalam membuat pilihan. 

Hanya dengan mencari pilihan yang tepat, begitu sukar. Setiap perjalanan yang kita tempuh dalam hidup ini harus membuat pilihan. Antara betul atau tidak pilihan yang dipilih itu tepat atau tidak. Sekiranya tidak? Rasa menyesal? Sekiranya ya? Rasa suka? OH tidak! macam mana ni?' Soalan yang seringkali bermain dan terfikir dalam otak. Itulah pilihan. Sungguh sukar. 


Tak kira best atau tidak, sedih yang mendalam, resah gundah gulana, hati tak semenggah, jiwa yang meronta, hidup ni tetap akan diteruskan. Hadapi situasi dengan tenang dan membuat pilihan dengan bijak. Allah sebaik perancang. 


#Jika hati ingin memiliki, milikilah dengan sekadar yang biasa. Mungkin yang biasa itu akan menjadi lebih bermakna #


Sunday, 27 April 2014

Practikum Teacher


Assalamualaikum. 

Agak lama juga tak update blog story.

Alhamdulilah dengan izinnya aku dah habis praktikal. Bermula pada akhir Januari hingga 11 April. Praktikal di SKBSP ni satu kenangan yang indah lagi indah. Dipertemukan dengan guru besar yang sporting, guru penyelaras dan pembimbing yang sangat sporting. Syukur dengan rezeki ini.

Rasa bersyukur ni tak mampu diucapkan dengan kata - kata. Terlalu rasa berharga. 

Nak dengar cerita tentang kisah praktikal ku?

Pada suatu hari. Bermulanya kisah. Hehehe over pulak! tak semenggah betul.

Okay malas lah nak cerita panjang. Hehe. kurang sihat ni.

Layan jela gambar ea.






















Sunday, 2 February 2014

Yang Satu. Tiada yang lain.

Sucinya hatimu melembutkan hatiku.
Sebaik sikapmu mendamaikan jiwaku.
Sekasih sayangmu menjiwakan diriku.
Setulus mesramu menguatkan hidupku.

Sungguh. Aku tak percaya. Aku tak percaya.
Indahnya suatu yang kita ada dalam hidup ini memang indah.
Indah semua. Indah segalanya. 
Berada dekat denganNYA sungguh akan rasa damai.

Terkadang kita akan leka. Terkadang kita akan lalai. Terkadang kita akan alpa. Terkadang kita akan lupa. 
Terkadang semua ini menjadikan kita ingat siapa diri kita. Harus bangkit dan sedarilah denganNya yang Maha Pencipta.


.. Apabila minda mengingatkan betapa pentingnya DIA, cubalah dekat padaNYA...