Wednesday, 25 June 2014

Pilihan yang tepat



Hidup adalah sebuah pilihan. Kita tidak tahu apa yang telah Allah rancang yang terbaik. Namun, kita juga mampu mencari dan membuat pilihan. Untuk melayari kehidupan seharian, kadang - kadang kita akan terperangkap dengan pilihan. Yang mana satu? Okay ke tak? Itulah yang menjadi beban persoalan dalam diri. Aku cuba. Kau cuba. Mereka cuba. Dia cuba. Semua orang mencuba. Sukarnya untuk menetapkan pilihan yang terbaik.

Apabila memikirkan untuk membuat pilihan, rasa sakit di benak fikiran. Lebih lagi menyakitkan kepala. Ahhh bukan kadang kadang. Tapi selalu. Berilah masa untuk menenangkan minda dalam membuat pilihan. 

Hanya dengan mencari pilihan yang tepat, begitu sukar. Setiap perjalanan yang kita tempuh dalam hidup ini harus membuat pilihan. Antara betul atau tidak pilihan yang dipilih itu tepat atau tidak. Sekiranya tidak? Rasa menyesal? Sekiranya ya? Rasa suka? OH tidak! macam mana ni?' Soalan yang seringkali bermain dan terfikir dalam otak. Itulah pilihan. Sungguh sukar. 


Tak kira best atau tidak, sedih yang mendalam, resah gundah gulana, hati tak semenggah, jiwa yang meronta, hidup ni tetap akan diteruskan. Hadapi situasi dengan tenang dan membuat pilihan dengan bijak. Allah sebaik perancang. 


#Jika hati ingin memiliki, milikilah dengan sekadar yang biasa. Mungkin yang biasa itu akan menjadi lebih bermakna #