Sunday, 13 July 2014

Cari Ilmu

Keheningan suasana sepi pantai yang indah menenangkan diri. Terfikir adakalanya hidup bagaikan roda. sukarnya memahami erti yang sebenar.
Kadang di bawah dan kadang di atas. Memikirkan apa yang harus dilakukan. Berhak atau tidak. wajib atau tidak. Harus atau tidak. Perlu atau tidak.
Seringkali bermain di kotak fikiran. Tanpa memikirkan ramai orang lain hidup susah boleh berjaya. Seringkali memikirkan tentang diri sendiri. Usah menongkat dagu. Usah berangan - angan. Walhal pelbagai perkara perlu kita cari.
keindahan pantai , ombak dingin, memutarkan setiap saat dan detik peristiwa di dalam hidup. Bermain berlari - lari anak satu persatu ingatan ligat mengingat perjalanan yang telah ditempuh. Apa yang harus dilakukan? Bagaimana? Bermula bila? Itu yang menerjah terus ke dalam otak. 
Satu perkara yang perlu dicuba. USAHA.

Semua USAHA harus gigih. bukan sahaja untuk pelajar. 
Manusia perlu USAHA. 

#pelajar
#ibubapa
#guru
#usahawan
#pekerja

USAHA YANG BERTERUSAN. WALAU SEDIKIT LAMA - LAMA JADI BUKIT.








Tulislah apa sahaja yang kita fikir.
Tulislah dengan rasa hati.
Tulislah apa yang tersemat disanubari.
Tulislah. Tulislah. Akan rasa tenang dengan menulis.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.