Sebuah senyuman menggamit kemesraan yang terpancar di dalam lubuk hati setiap insan.
Sesuci hati melembutkan sikap yang lebih mendamaikan .
Sekaya budi menyucikan ikhlas di dalam diri yang terserlah kebaikan.
Terkadang, apa yang kita tak suka itu akan buat kita suka.
Terkadang, apa yang kita suka itu akan buat kita tak suka.
Sukarnya untuk kita melembutkan hati pabila brhadapan dgn orang yang sntiasa menunjukkan ssuatu yang menjengkilkan.
Sukarnya juga untuk kita mendiamkan husutan dan sindiran orang,
Sukarnya menjadi manusia.
Ya memang sukar. kerana manusia tiada yang sempurna.
Terkadang diam itu merupakan suatu jalan yang terbaik. diam itu juga perlu mengikut kesesuaian masa dan tempat.
Jadilah diri yang sentiasa menerangi orang lain. Sesungguhnya rasa hormat itu akan subur dalam diri. Senyum, lembutkan hati, teguhkan budi adalah jalan yang terbaik walaupun sukarnya menempuh perkara yang terjadi.
"berilah saat dan ketika untuk kita berfikir sejenak"
"carilah waktu untuk kita mencari sesuatu"
-yanasudin-
-yanasudin-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.