Friday, 20 March 2015

Ada cuka ke?


...Nak order makanan, buat muka. Tanya ada nasi ayam, buat muka. Tanya apa yang ada, buat muka.
Nak bayar, buat muka. Cakap terima kasih, muka ketat.. Pernah berlaku situasi ini?


Senyum itu satu sedekah. Senyum juga melambangkan perwatakan seseorang itu.

Andai senyuman itu ditarik balik, apa yang mahukan? apa tak kisah?

Cubalah jadi diri seseorang itu di tempatmu, apa yang dirasai sekiranya orang itu sekelat pahit bicaranya terhadapmu. Pasti tidak selesa bukan? 

Hidup memang perlu menjadi diri sendiri. Bukan menjadi orang lain.
Namun, berikan senyuman itu adalah satu kewajipan untuk orang lain.

Kita inginkan keselesaan, namun kemuliaan itu tidak digunakan sebaiknya.
Kita inginkan kebahagiaan, namun kemesraan itu hanya sementara
Kita inginkan kedamaian, namun kehormatan itu seketika cuma.

Berikan senyuman walau sedikit agar orang lain rasa tenang melihatmu.
Usah sombong dengan orang, walhal itu yang akan terpahit di wajahmu.



                                           -yanasudin-




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.