Wednesday, 7 January 2015

Cerpen 1


Hoii peah.! Sergah Qila. Saja dipanggil dengan nama begitu.
Opocot cot. melatah Wa disapa begitu. Dia memang mudah melatah. Dah sebati dalam dirinya. Geram dengan sikap Qila yang suka sergah secara tiba - tiba.
'Kau ni tak hormat taw tegur aku macam ni. Elok- elok lah sikit. Kalau aku sakit jantung tadi mahu pengsan aku kat sini kau nak buat apa?'. Laju saja teguran Wa pada Qila. Mahu dia pengsan tadi bila disergah begitu.
'Ala relakslah aku gurau je. Khusyuk sangat kau ni cari buku. Buku apa kau cari tu? Tanya Qila.
'Buku Mengenal erti sebuah kebahagiaan, kesyukuran, kehormatan keharmonian dan kesejahteraan. Panjang lebar dijawab oleh Wa. Matanya tetap mencari buku yang dicari. Sengaja tidak menghiraukan Qila disebelah.
'Amboi amboi amboi cik Wa kita ni. 'Aku tanya betul betul jawablah betul - betul.' Perli Qila.
'Weh, kau tahu tak Lia dah pindah?'. Laju Wa menukar topik.
'Eh bila? aku tak tahu pun?'. Qila bertanya. Dia perasan Wa tukar topik perbualan tadi, tapi baginya tentang hal lia lebih penting.
'Dua hari lepaslah. Dia dah pegi office inform pasal berhenti. Acuh tak acuh Wa bercerita. Dia duduk di meja hujung tempat yang telah dia cop sampai tadi. Qila mengekori sahaja temannya itu. Ligat pemikiran Qila memikirkan tentang Lia.
'Aku tak dengar pulak diaorang cakap Lia dah berhenti. Dia dapat IPTA ke? oh dia nak kahwin eh?'. Selamba dia menyoal begitu pada Wa,
'Hoii dia dapat kerja government lah under SPA. bukan kahwin. kau ni kalau bab kahwin memang nombor satu dalam hidup kan?'. Tegur Wa. Dia meletakkan buku yang diambil tadi di atas meja. Misi assignment perlu dijalankan juga. Terlalu banyak kemalasan melanda.
'Eleh kau pun apa kurangnya. Eh aku rasa Ustaz Naufi suka dekat kau lah Wa. Please kau sedar sikit. Selamba Qila berbicara. Pergelangan tangannya sengaja digoyangkan seakan gedik.
'heyy shut up! This is library Qila. Please keep quiet Nur Aqilah Binti Ahmad Ridzuan.
.Bersambung........




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.